SERI KEMBANGAN - [DIKEMASKINI] Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di sebuah restoran di Taman Equine di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.16 malam.

Sepasukan anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang,Timbalan Penguasa Bomba Zolkipli Sailan tiba di lokasi di Jalan Equine 9B,  16 minit kemudian.

"Siasatan awal dapati kemalangan libatkan sebuah Toyota Hilux  terbabas dan merempuh lima orang awam termasuk seorang warga Vietnam yang sedang menikmati makanan.Wanita yang maut dikenali sebagai Wong Sow Lin, 57 tahun.

Manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai  Wong Mei Hwa, 36; Lei Kok Lu,  71;Leong Eng How, 35 dan warga Myanmar, Vial Sian Mung, 33.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang

Beliau berkata, kemalangan turut melibatkan tiga buah kenderaan milik pengunjung termasuk sebuah SUV jenis Lexus yang mengalami kerosakan hampir 30 peratus dan Perodua Myvi serta Perodua Bezza yang mengalami kerosakan hampir 10 peratus

Beliau berkata, pasukan bomba  bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan mengeluarkan seorang mangsa yang tercampak ke dalam longkang.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang menggunakan dua ambulan dari pihak hospital dan satu dari jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan ( EMRS) Balai Bomba Serdang.

 "Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak forensik trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang,"katanya.