BANGI - Tiga cedera apabila sebuah bas ekspres yang membawa 17 penumpang terbabas dan terbalik di Kilometer 298 Lebuhraya Plus arah Selatan berhampiran Bangi, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, turut cedera seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan lebuh raya tersebut.

Menurutnya, mereka tercedera adalah pemandu bas berusia 60 tahun dan pembantunya berusia 59 tahun.

“Kemalangan libatkan sebuah bas ekspres yang terbabas dan terbalik ke tepi lebuh raya,”katanya.

Pemandu yang cedera dikenali sebagai Amir Hamzah Zakaria dan pembantunya Ahmad Nur Mohd Mohdi.

Manakala penunggang motosikal yang cedera dikenali sebagai Buchari Mohd Said, 59.

“Kesemua mangsa cedera di bawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut” katanya.