JELI - Seorang maut manakala 14 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah sebuah kereta jenis Honda dan Toyota Avanza di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Superintendan Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata, mangsa yang maut dikenali Ammar Fadhli Mohamad, 19.

"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jeli di sini.

"Kesemua mangsa termasuk dua patah tangan dan seorang slip disc menerima rawatan di hospital berkenaan sebelum beberapa orang daripadanya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Nik Ahmad Kamil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.