KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga Bangladesh cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah restoran dan enam rumah setinggan di Bandar Baru Sentul, di sini, semalam

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Hafizan Hassan, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11.25 pagi sebelum 38 anggota bersama lima jentera bergegas ke lokasi.

“Kesemua  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Titiwangsa, Hang Tuah, Sri Hartamas dan Gombak Selatan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Ketika sampai, api sedang marak tapi kita berjaya kawal pada jam 12.14 tengah hari. Cuma terdapat seorang mangsa luka di bahagian kaki dan dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Menurutnya,  operasi memadam kebakaan yang selesai jam 11.10 petang itu melibatkan keseluruhan restoran musnah manakala enam rumah setinggan hangus 90 peratus.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan anggota forensik bomba,” katanya.