PARIT BUNTAR - Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di rumahnya di Taman Tenggara di sini, hari ini.

Difahamkan pada kejadian jam 2 petang itu, remaja tersebut ditemui dalam bilik air bersama bayinya oleh orang awam sebelum laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut akan dilakukan. Mayat remaja dan bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya.