BATU GAJAH - Sekurang-kurangnya dua  maut sementara 36 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekpres di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhadapan Batu Gajah Perdana, pagi tadi.

Mangsa maut dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Jamaluddin Mat Yusop berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dua tingkat membawa 37 penumpang terbabit melanggar pembahagi jalan.

"Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dilakukan anggota, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk menerima rawatan lanjut," katanya.