RANTAU PANJANG - Seorang Pelajar Tingkatan 6, maut dalam kemalangan ketika menuju ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (Muet), kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Hasil maklumat awal, mangsa, Norfazlina Ismail, 19, dalam perjalanan ke sekolah menengah dekat sini, maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandu bapanya, Ismail Ilyasak, 60, bertembung dengan Perodua Myvi di Jalan Hospital Pasir Mas Lati.

Pertembungan itu menyebabkan bapa mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Manakala seorang pelajar lain, turut mengalami cedera parah apabila motosikalnya yang berada di belakang Perodua Kancil tidak sempat mengelak kemalangan tersebut.