JOHOR BAHRU - Operasi cari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam yang membabitkan warga asing di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor berkata, penamatan SAR membabitkan operasi pencarian dalam keluasan 900 batu nautika di laut itu berikutan sudah tiada petunjuk baharu yang ditemui.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Bot pancung karam: Sembilan mangsa lagi masih hilang ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi mayat bot pancung karam ditemui ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi mayat bot pancung karam dijumpai ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi mayat bot pancung karam dijumpai ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berkeras ajak masuk Malaysia lalu jalan haram ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Bot pancung karam: Seorang maut, 25 lagi selamat ]

Katanya, operasi berlanjutan selama lima hari sejak bot berkenaan dilaporkan karam pada 2 julai lalu itu berjaya menyelamatkan 25 mangsa, manakala, seramai 11 lagi mangsa ditemui mati.

“Jumlah menjadikan lapan lagi mangsa masih belum ditemui ketika penutupan SAR ini dilakukan. Kesemua 44 mangsa merupakan warganegara Indonesia yang cuba memasuki negara melalui jalan yang tidak sah.

“Kami terpaksa menhentikan operasi ini berikutan tiada penemuan dan petunjuk baru serta peluang yang tipis. Bagaimanapun, pemantauan akan terus dilakukan oleh aset-aset bertugas dan operasi boleh diaktifkan semula jika terdapat sebarang petunjuk baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Operasi terbabit melibatkan aset laut dan 150 orang anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan antaranya membabitkan APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia(TDM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).