SHAH ALAM - Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi bagi menurunkan mayat seorang lelaki yang tersangkut di tingkat 1 di sebuah kondominium di Jalan PJU 8/1, Damansara  Perdana di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan  kira-kira jam 4.04 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati terdapat seorang lelaki berusia 21 tahun tertiarap di struktur konkrit di tingkat satu bahagian luar bangunan.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 23 bangunan kondominium tersebut.

"Anggota diketuai Ramli Harun menurunkan mangsa sebaik kehadiran unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.