GUAR CHEMPEDAK  - Sebuah lori muatan kelapa sawit musnah terbakar dalam kejadian di kilometer 88, Lebuhraya Plus arah utara, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Saad berkata,  pihaknya menerima panggilan pada jam 4.38 pagi dan terus bergegas ke lokasi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah lori muatan kelapa sawit 13 tan.

"Pasukan Bomba telah menggunakan dua aliran house, dua pancutan bagi memadamkan kebakaran dan mengawal kebakaran," katanya.

Menurut Safuwan, kebakaran melibatkan 70 peratus daripada keseluruhan lori tersebut namun tiada mangsa yang tercedera.

"Punca dan kerugian sebenar kejadian ini masih dalam siasatan," katanya.