KOTA TINGGI - Seorang lagi mangsa lemas di pantai Batu Layar, Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, berjaya dijumpai kira-kira 500 meter dari lokasi mayat rakannya dijumpai.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian dijumpai terapung di tengah laut oleh anggota penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 2.20 petang tadi.

Mayat remaja berkenaan yang dibawa naik ke darat kemudian dicam oleh ahli keluarganya yang menanti di pos hadapan operasi carilamat di pantai Batu Layar.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak tahu anak ke pantai]