KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui terbakar  di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Sentul menghala Seremban berhampiran bangunan Parlimen, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada jam 3.54 pagi oleh orang awam.

Menurutnya,  sebaik tiba mendapati terdapat sebuah kereta jenis Nissan Livina dipercayai terbabas dan terbakar.

"Pemeriksaan menemui seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu yang turut terbakar dan sudah meninggal dunia.

"Mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh bomba dari bahagian bawah kenderaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, "katanya.