BERA - Satu kemalangan berlaku membabitkan tiga buah kenderaan berdekatan jambatan Paya Lang, Jalan Temerloh-Bahau kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Kejadian yang melibatkan lori sawit, lori tangki dan sebuah kereta menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Setakat ini, tiada maklumat diperoleh mengenai mangsa.