KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut digilis kereta dipandu bapa secara tidak sengaja di hadapan sebuah restoran di Wakaf Che Yeh di sini, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul Zaman ketika itu baru selesai makan bersama ibu bapanya sebelum kejadian berlaku pada 10.30.

Difahamkan, bapa mangsa yang berusia  38 tahun membawa masuk anaknya itu terlebih dahulu ke dalam kereta jenis Proton Iriz.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber berkata, lelaki itu meletakkan mangsa di kerusi penumpang hadapan dan kanak-kanak itu bersandar di pintu sebelah kiri.

"Sebaik sahaja isterinya membuka pintu kereta sebelah penumpang untuk masuk, kanak-kanak itu terjatuh ke luar kereta.

"Lelaki itu yang cuba menyelamatkan anaknya kemudian telah tertekan pedal minyak sehingga kereta mengundur dan menggilis mangsa,” katanya.