JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang dipercayai jatuh laut ketika memancing di perairan Pulau Tinggi diperluaskan lagi sehingga 100 batu nautika.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima sebarang petunjuk baharu berhubung kes berkenaan.

“Operasi ini melibatkan kekuatan aset di laut sebanyak sebuah kapal dan dua buah bot.

“Manakala jumlah keanggotaan di dalam operasi ini adalah 71 orang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, aset dan keanggotaan adalah daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia.