GERIK - [DIKEMASKINI] Empat maut termasuk tiga sekeluarga dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori balak di KM59 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, dua lelaki masing-masing pemandu lori dan pemandu kereta, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian itu dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa sedang dikendalikan oleh pihak bomba.

“Seorang bayi dilaporkan parah sedang menerima rawatan di Hospital Gerik,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, Mohd Nizam Suhaidin, 34, Noor Hafizah Ismail, 34, Muhammad Afiq Mohd Nizam, 6 dan Redzuan Abd Ghani, 59 (pemandu lori) manakala yang parah Nur Hanania Maisarah Mohd Nizam, 2.

AKAN MENYUSUL