KUALA KRAI - Gara- gara mengelak daripada melanggar motosikal, sebuah Perodua Kancil terlibat kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda berhampiran Kolej Vokasional, di sini, hari ini.

Kejadian menyebabkan pemandu dan penumpang cedera di bahagian anggota badan sementara pemandu pacuan empat roda tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Pegawai  Angkatan Pertahanan Awam ( APM) Kuala Krai, Kapten ( PA), Mohd Hanif Omar berkata, ketika kejadian, pemandu dan penumpang kereta Kancil masing-masing berusia 20 dan 17 tahun dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

"Tiba di tempat kejadian pemandu cuba elak langgar motosikal, tetapi jalan licin menyebabkan kereta dipandu mangsa gagal dikawal lalu berlanggar dengan pacuan empat roda.

"Anggota bertugas memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.