KOTA BHARU - Dua buah rumah di Kampung Kubang Siput Pasir Tumboh, terbakar dalam kejadian ribut petir, malam tadi.

Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Pegawai Kanan Bomba II, Hussin Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.02 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan dua unit rumah jenis berukuran 20X30 kaki persegi.

“Ketika itu, kedua-dua rumah berkenaan sudah 80 peratus terbakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, api kemudian berjaya dikawal sejam kemudian dengan bantuan 11 anggota bomba termasuk Anggota Bomba Sukarelawan.

“Tiga jentera bergegas ke lokasi membabitkan Bomba Pasir Tumbuh Tunjung dan Kota Bharu dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira  jam 9 malam.

“Tiada kemalangan jiwa terbabit dalam kebakaran itu,” katanya.