JOHOR BAHRU - Dua remaja hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pagi tadi.

Difahamkan, operasi mencari mangsa Noor Rahimi Fithri Ismail, 19 dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20, itu diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadhli Ismail.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.32 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar ke lokasi.

Operasi pencarian di kawasan dipercayai lokasi mangsa lemas masih dijalankan bomba dan anggota polis turut berada di lokasi kejadian.