TELUK INTAN - Dua parah manakala lapan lagi cedera ringan dalam satu kemalangan melibatkan empat kereta di Batu, 8 Jalan Changkat Jong, petang kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Wan Zakari Wan Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada orang awam pada jam 5.29 petang bergegas ke lokasi berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kesemua mangsa seramai 10 orang dikeluarkan oleh orang awam di mana dua orang mangsa lelaki Melayu mengalami kecederaan parah.

“Lapan orang mangsa terdiri dua lelaki dan enam perempuan mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan dari pasukan perubatan yang hadir,” katanya.