PALU - Satu demonstrasi aman diadakan di sini,  bagi mengajak masyarakat agar menjauhi amalan syirik dalam kehidupan mereka.

Demonstrasi yang disertai ratusan itu diadakan selepas solat Jumaat petang tadi.

Menurut penganjur, amalan syirik yang dilakukan oleh segelintir penduduk di sini telah mengundang kemurkaan ALLAH.

"Ayuh kita tinggalkan  amalan yang menyekutukan ALLAH.

"ALLAH telah memberikan kita 'signal' supaya hanya menyembah-NYA," kata penganjur.

Dalam pada itu, mereka juga mendesak agar Wali Kota Palu, meletakkan jawatan.

Dakwa mereka, wali kota yang sekarang ini mengalakkan amalan ritual demi meraih pulangan dari segi sektor pelancongan.

Bencana gempa bumi di susuli tsunami yang berlaku pada 28 September lalu antaranya didakwa oleh penduduk Palu berlaku kerana amalan ritual Balia, yang diadakan sempena festival Nomoni.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Harian, NGO Serantau Muslim gerak misi bantuan ke Palu]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan dari Malaysia bawa khabar gembira buat Palu]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kalimah syahadah, selamatkan diriku!]

Sinar Harian kini bersama NGO Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan  kemanusiaan ke kota Palu, Sulawesi Indonesia.

Misi bantuan yang berangkat pada Jumaat lalu akan berada di Palu sehingga 20 Oktober untuk menghulurkan bantuan.

Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.

Jadi sekiranya orang ramai yang ingin turut membantu sumbangan  boleh disalurkan ke akaun Maybank 564276529068 Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Tsunami 'membelah' selamatkan masjid Terapung Palu]

[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa 7.7 magnitud landa Sulawesi, seorang maut, 10 cedera]

[ARTIKEL BERKAITAN: Palu dilanda tsunami selepas gempa kuat ]

[ARTIKEL BERKAITAN: Upacara ritual Balia punca turunnya bencana?]