KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki yang lemas ketika mandi di kolam sebuah hotel, empat hari lalu adalah etnik Rohingya.

Mayat mangsa Md Zahid Abdullah, 10,  dituntut bapanya, Abdullah Yaacob,35, pada jam 7 petang semalam.

Abdullah datang membuat pengecaman di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan mengesahkan anaknya.

Difahamkan keluarga mangsa mencarinya sebelum dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mayat diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Sementara itu, saya menasihatkan kepada ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing dan mengambil tahu tempat mereka bermain bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak lelaki lemas di kolam hotel]