• Terkilan tidak dapat mengundi Faridah menunjukkan kad pengenalan pemastautin tetap miliknya.
1 /

JENGKA - Wanita anak peneroka Felda Ulu Jempul yang bekerja sebagai tukang cuci premis kerajaan di bandar ini, terkilan apabila dia tidak pernah berpeluang mengundi setiap kali tiba pilihan raya umum (PRU).

Faridah Ahmad, 68, berkata, dia tidak dapat mengundi kerana memiliki kad pengenalan pemastautin tetap.

“Saya dilahirkan di Singapura kerana ayah saya bekerja di sana sebelum pulang ke Malaysia pada 1958 seterusnya berpindah ke Pahang kerana diterima memasuki tanah rancangan pada 1961.

“Namun mungkin kerana tidak tahu dan ketika itu tiada pengetahuan tentang kad pengenalan ini, ibu bapa tidak mengambil tindakan menukar kewarganegaraan saya,” katanya.

Menurut, bukan sahaja terkilan kerana tidak boleh mengundi, malah dia juga tidak dapat menerima pelbagai kemudahan lain disediakan kerajaan.

“Saya cuma dilahirkan di Singapura, tetapi kedua ibu bapa saya rakyat Malaysia. Dua bulan lepas saya ke Putrajaya menukar kerakyatan namun diberitahu perkara itu mengambil masa untuk diselesaikan.

“Saya diberitahu juga, jika saya hendak segera mendapatkan kewarganegaraan, sekali gus memiliki MyKad, saya perlu meminta sokongan pemimpin tempatan, tapi saya tidak tahu dengan siapa perlu berjumpa,” katanya.