Pengunjung : 6031 Selasa 16-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Kedudukan BN semakin tergugat

KUALA TERENGGANU – Sasaran UMNO bahawa tujuh juta golongan muda akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sebagai tidak berasas.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, kenyataan sedemikian hanya untuk menyedapkan hati rakyat terutama penyokong parti itu selepas mendapati kedudukan BN ketika ini semakin tergugat.

“Itu adalah cakap tidak berasaskan kajian kerana dengan keadaan BN yang merosot di seluruh negara dan berdasar pilihan raya lalu, perkembangan lebih memihak kepada Pas serta Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyasarkan tujuh juta pengundi muda akan memihak kepada BN.

Menurutnya, dalam masa dua bulan ini, dianggarkan 25,000 ahli baru akan mendaftarkan diri dalam UMNO dan mereka ini terdiri daripada golongan muda.

Azman Shapawi yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun menyifatkan kenyataan Reezal Merican itu adalah bersifat peribadi.

Beliau berkata, pihak terbabit seharusnya melihat kepada realiti politik ketika ini apabila golongan muda memberi reaksi positif terhadap pembangkang.

“Orang muda sekarang lebih matang kerana mereka terdedah dengan pelbagai bahan bacaan politik daripada pelbagai sumber yang menjadikan mereka lebih matang untuk menilai.

“Bagaimanapun, kita akan mengambil inisiatif untuk bekerja keras bersama-sama dengan PR bagi mendapatkan sokongan golongan muda,” katanya.