Kaum Cina berkumpul erat hubungan
![]() Tinjauan Sinar Harian di Taman Desa Awana, Bukit Kuang mendapati, masyarakat Cina sibuk menghias rumah dengan menggantung tanglung dan membersihkan kawasan persekitaran demi memastikan kehadiran Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh pengertian. Penduduk, Lie Kan Peng, 36, berkata, dia sudah empat tahun meraikan tahun baru di kawasan itu dan akan memastikan pulang ke rumah ibu bapanya untuk makan besar di Taman Samudera Jaya, Batu Empat, Air Putih. “Tanpa majlis makan besar, tahun baru bagaikan tiada ertinya. Pada masa itu, seluruh ahli keluarga akan berkumpul, kemesraan dan rasa kasih sayang akan dapat dipupuk antara ahli keluarga. Saya tidak sabar menantikan saat itu kerana bukan mudah mengumpulkan ahli keluarga pada satu majlis sama,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia tidak kisah memperuntukkan belanja besar asalkan kehadiran tahun baru dapat diraikan dengan penuh meriah dan dalam suasana gilang-gemilang. “Tahun ini saya memperuntukkan belanja sekitar RM2,000. Tiga anak saya akan dapat merasai pakaian baru dan angpau raya. Tujuh adik-beradik sa�ya akan berpadu tenaga meraikan tahun baru di rumah ibu bapa kami di Taman Samudera Jaya,” katanya. Walaupun Kan Peng dilahirkan dalam tahun Lembu namun dia tidak kisah meraikannya dalam tahun Harimau. “Giliran tahun Lembu akan tetap diraikan apabila tiba masanya, apa yang penting perpaduan dalam kalangan kaum Cina diperkukuhkan apabila meraikan tahun baru,” katanya. Warga emas, Soo Eng Chah, 79, pula bersyukur kerana menjadi penerima sumbangan RM300 yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). “RM300 ini besar maknanya bagi golongan seperti saya, namun saya tidak bercadang untuk membelanjakannya, saya akan menyimpannya dalam Bank dan menggunakannya apabila perlu,” katanya. Eng Chah akan meraikan Tahun Baru Cina bersama lima anaknya dan dia gembira kerana dapat menyambut tahun baru bersama anak, menantu dan cucunya. “Anak saya ada memberi wang, paling gembira adalah majlis makan besar yang akan diraikan bersama keluarga, tahun Harimau pasti memberi pengertian yang mendalam kepada mereka yang menyambutnya tahun ini,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





