Kediaman penanam tembakau hangus terbakar
![]() :Turut musnah dalam kebakaran itu adalah semua dokumen peribadi termasuk peralatan sekolah lima anaknya yang bersekolah tadika hingga Tingkatan Tiga. Mangsa, Maznah Abdullah, 45, berkata, kejadian itu berlaku kira-ira jam 10 pagi ketika dia sibuk mengemas di dalam bilik anaknya. “Kejadian hanya disedari apabila kakak saya, Hamidah, 50, yang tinggal di kawasan berdekatan menjerit sambil memberitahu melihat asap keluar dari bilik tidur saya di bahagian depan rumah. "Saya segera pergi melihat dan mendapati api sudah menyambar bahagian atas,” katanya. Maznah berkata, ketika itu hanya dia seorang berada di rumah, sementara lima anaknya pula ke sekolah dan seorang lagi anaknya yang masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pergi bekerja. Suaminya, Mat Zalan Omar, 49, pula pergi ke kedai. Menurutnya, sebaik melihat kejadian itu, dia terus bergegas keluar melalui pintu hadapan rumah setelah menyedari api semakin marak. “Lutut saya terus lemah dan tidak boleh berjalan. Saya kaku hanya beberapa meter dari rumah yang hangus terbakar. Mujur saudara saya datang memapah membawa saya pergi ke tempat lebih selamat,” katanya. Menurutnya, api marak dengan begitu cepat menyebabkan rumahnya tidak dapat diselamatkan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. “Akibat kejadian ini, saya sekeluarga terpaksa menumpang sementara di rumah pengasapan daun tembakau tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof yang melawat mangsa pada hari sama meluluskan segera kos membina rumah sementara yang akan dilakukan secara gotong-royong oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut. Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah turut berada di tempat kejadian untuk menilai jumlah kerugian mangsa. Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut mengesahkan menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan serta menghantar sebuah jentera bersama enam anggota untuk memadamkan kebakaran. “Kami masih menyiasat punca kejadian dan kerugian dialami mangsa,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Sepakat hadir sidang
Yen Yen nafi terlibat rasuah RM2 juta
Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat
Pemuda UMNO dedah tawar-menawar PKR
Ahli Bebas tidak akan wujud parti
Rais hargai pendirian Ku Li
Barisan tidak
lobi lompat parti
Pemilihan 28 Mac selesai masalah dalaman MCA
Tujuh ahli perniagaan tidak hormat Institusi Diraja akan dilucut gelaran Datuk
Suspek bunuh kekasih reman seminggu
Waspada golongan peralat pakaian agama: Jamil Khir
Taman, kebun bunga jadi produk pelancongan baru
Kerajaan perlu masa kumpul input
Adu SPRM jika ada bukti
Eksport negara meningkat 37 peratus pada Januari: Mukhriz
Modul Matrix pulih penagih dadah sintetik





