Pengunjung : 25591 Ahad 14-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
PKR buka bilik gerakan salur maklumat terkini

KUALA TERENGGANU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu membuka lapan bilik gerakan di setiap cabang di negeri ini, mulai semalam (8 Februari), khusus untuk menyalurkan maklumat mengenai Kes Fitnah 2 Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR Terengganu, Rafzi Ramli berkata, pembukaannya bertujuan menyalurkan maklumat terbaru mengenai kes fitnah Penasihat PKR itu.

“Bilik gerakan utama di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu Gong Kapas dibuka 24 jam, sementara di cabang pula hanya 12 jam. Kami akan kemas kini semua data berkenaan setiap dua hingga tiga jam terutama ketika hari perbicaraan beliau di mahkamah.

“Kami turut menyediakan pelbagai informasi berhubung kes Anwar melalui bentuk cakera padat dan risalah, selain mengadakan tayangan sentuhan skrin (LCD) di luar bilik gerakan. Mereka yang ingin mengetahui maklumat dan aktiviti berkaitan boleh mendapatkannya di bilik gerakan cabang masing-masing,” katanya.

Menurutnya, PKR Cabang Kuala Nerus turut membuka kaunter di pekarangan pejabat PKR di Padang Air dan akan mengedarkan risalah berhubung isu berkenaan kepada pengunjung, hari ini.