Kekuatan mental, fizikal perangi kanser
![]() Pengerusi ‘Fight Cancer Group’, Dr Mat Noh Karim berkata, kanser boleh ditangani pesakit asalkan kekuatan fizikal, emosi, minda dan spiritual digabungkan bagi melawan penyakit berkenaan. “Rawatan awal boleh menyelamatkan individu daripada terkena kanser. Majoriti masyarakat hanya berjumpa pakar selepas segala-galanya terlewat. “Jangan takut membuat pemeriksaan kerana pengetahuan mengenai penyakit ini amat penting demi menyelamatkan satu nyawa,” katanya kepada Sinar Harian. Mat Noh berkata demikian selepas pelantikannya sebagai Pengerusi ‘Fight Cancer Group’, khusus bagi mewujudkan kumpulan sokongan untuk membantu pesakit dan keluarga memerangi penyakit berkenaan. Menurutnya, Ahli Jawatankuasa (AJK) memainkan peranan penting melahirkan kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan budaya pengenalan dan pemeriksaan awal kanser. “Keyakinan dalam diri mereka harus ditingkatkan. Kesengsaraan pesakit kanser yang terlewat menerima rawatan harus dijadikan iktibar. “Saya juga melibatkan bekas pesakit kanser menyertai kempen ini bagi memberi kata semangat kepada pesakit,” katanya. Mat Noh tidak menafikan wujudkan peningkatan bilangan pesakit kanser setiap tahun dan usaha memerangi penyakit itu akan terus dilakukan dengan sokongan Majlis Kanser Nasional (Makna). “Paling ramai penghidap adalah kanser payu dara. Saya sentiasa menggalakkan wanita membuat pemeriksaan payu dara bagi mencegah penyakit berkenaan daripada terus membunuh sel manusia,” katanya. Menurutnya, lawatan amal ke rumah pesakit kanser turut dirancang bagi mendekatkan AJK dengan golongan sasaran. “Saya akan terus menyalurkan maklumat mengenai penyakit ini dari semasa ke semasa, apa yang penting masyarakat terus memberikan kerjasama dengan menyokong penubuhan kumpulan AJK ‘Fight Cancer Group’ ini,” katanya. Beliau turut merancang mengumpulkan dana bagi badan bukan kerajaan (NGO) itu berfungsi dengan lebih berkesan melalui pelan pemasaran yang dirancang. “Salah satu daripadanya adalah melalui program Perangi Kanser yang dirancang dengan syarikat korporat dan menjual barangan. “Kami juga akan mencari sukarelawan dalam kalangan masyarakat bagi mengerakkan badan NGO ini dengan lebih agresif,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas
Mohsin kekal jawatan, tidak sertai BN
“Saya bukan pengkhianat”
Cho Ha masih mahu berteka-teki
Musa tidak tahu tentang surat letak jawatan
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
Cereka UPSR dalam majalah e-baca
Lesen 60 IPTS dibatal kerana langgar syarat
Tingkat penggunaan WiFi di universiti
Laman sesawang sebar ajaran sesat dipantau
Kanak-kanak dipaksa kahwin ditemui
50,000 rumah Yahudi di Baitulmaqdis
Obama tangguh lawatan ke Asia
India bina 12 loji nuklear
Chong Wei mara ke peringkat akhir
Ferguson sasar rekod
Malaysia sasar tiga emas





