Juara Rakyat bukan Juara Rock
![]() Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, secara peribadinya, beliau melahirkan kekesalan dengan tindakan sedemikian dan sepatutnya individu itu perlu memahami serta mengetahui secara mendalam bentuk pengisian program diadakan sebelum berbuat demikian. Menurutnya, tema pendidikan adalah salah satu bidang yang digariskan di bawah program Juara Rakyat dan Karnival Pendidikan Juara Rakyat untuk Rakyat berjaya diadakan di sini, semalam, selama tiga hari bermula Khamis lalu. Malah katanya, mereka agak keliru apabila ada individu sengaja menyebarkan SMS mengatakan, program Juara Rakyat yang diadakan sebagai Juara Rock sedangkan tiada sebarang unsur rock dilihat sepanjang karnival berlangsung. “Rakyat ternyata memperoleh pelbagai pengetahuan dan menambah maklumat kerana terdapat pelbagai institusi pendidikan mengadakan pameran sempena program ini, selain pameran daripada jabatan kerajaan. “Malah, aktiviti malam kebudayaan pula lebih berbentuk kerohanian dan turut diadakan deklamasi sajak Orang Ulu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Program Juara Rakyat Parlimen Hulu Terengganu dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), di sini, semalam. Program yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu menyaksikan seramai 473 penerima menerima tunai RM120 seorang bagi UPSR, sementara RM160 bagi murid yang mendapat keputusan cemerlang PMR tahun lalu. Sementara itu, Penolong Pengarah Karnival Pendidikan Juara Rakyat untuk Rakyat Parlimen Hulu Terengganu yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Marzuki Ibrahim melalui kiriman SMS berkata, beliau tidak menafikan ada individu tertanya-tanya mengenai program Juara Rakyat dan belum jelas mengenainya. “Kebiasaannya, apabila menyebut juara, pasti akan ada individu dinobatkan juara dan hanya ditentukan melalui pertandingan. “Namun, dalam konteks ini, kejuaraan dinobatkan sekali lagi pada Mac 2008 sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 lalu yang membuktikan UMNO serta Barisan Nasional adalah juara rakyat,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM
Pemimpin Pakatan tertekan
Jurang pelajar ketara
Khalid teruja PKR tegas, berani
Tiga murid diserang stabil
Akim diintai beberapa NGO Islam
Saya tidak mahu layan Zulkifli
Tiong Lai nafi pujuk Ka Ting tanding
Semua bilik soal siasat dipasang CCTV
Permohonan pengesahan cerai tidak difailkan
Kes saman Amy Search: Pelayan restoran cuai
7,987 calon cemerlang
Guru baru gagal lapor diri digugurkan: Mohd Puad
Husni tolak spekulasi GST dibatalkan
Isles Internationale Universite adalah palsu: SSM





