Penduduk keliru status dewan sivik
![]() :Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Cempaka, Ghazali Yusof, 59, yang mewakili penduduk berkata, kerja penyelenggaraan dimulakan kontraktor pada 25 Ogos dan tamat 29 Oktober, tahun lalu. “Mengikut jadual di papan tanda disediakan, tempoh kerja penyelenggaraan sudah selesai tetapi kenapa keadaan dewan sivik masih belum siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bukit Cempaka, di sini. Menurutnya, pihaknya tidak pasti penyelenggaraan dewan sivik itu sudah siap ataupun belum kerana jika dilihat secara kasar, ia masih belum siap sepenuhnya tetapi agak menghairankan apabila kerja penyelenggaraan tidak lagi dilakukan. :“Lebih menghairankan apabila kami dimaklumkan bahawa kos penyelenggaraan menelan belanja RM60,000 tetapi apa yang berlaku, ia seolah-olah tidak mencecah jumlah berkenaan. “Cara penyelenggaraannya juga seperti tidak mengikuti prosedur yang betul. Jika keadaan ini dibiarkan dan tidak dipantau, kami yakin bangunan berkenaan akan rosak sebelum sempat penduduk menikmati kemudahan disediakan kerajaan,” katanya. Ghazali berkata, mereka memang bukan pakar dalam hal mengenal pasti keutuhan sesebuah bangunan yang dibina namun berpendapat, ada baiknya jika keadaan itu dipantau demi kebaikan bersama. “Kami mengadu kepada media bukan bertujuan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya kami tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi. :“Tambahan pula kontraktor yang menyelenggarakan dewan sivik itu gagal dihubungi sejak belakangan ini,” katanya. Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi pihak kontraktor yang beralamat di Tingkat Satu, Wisma Regency dekat Jalan Pejabat Kuala Terengganu melalui dua nombor telefon tentera di laman web. Bagaimanapun, kedua-dua nombor disediakan kontraktor terbabit tiada lagi dalam perkhidmatan. Sehubungan itu, Ghazali berharap, kontraktor dilantik dapat tampil memberi penjelasan kepada penduduk yang mungkin boleh mengurangkan kekeliruan sebelum mereka membuat laporan ke Pejabat Daerah Kuala Terengganu. |
Lain-lain Artikel:-
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya
Anwar mahu segerakan kes
Suami tikam isteri kerana cemburu
Pembangkang keluar dewan
MB, Exco lawat Sultan Ismail
Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Ka Siong sangkal laporan akhbar
PR tetap bawa topik royalti minyak
Gagasan 1Malaysia kini jadi gerakan massa: Najib
SPRM masih siasat kes Balasubramaniam: Nazri
Kerajaan Negeri tidak serah sekolah agama kepada Kementerian Pelajaran
Kewangan Islam perlu telus: Raja Nazrin
SPR akan buat keputusan
JKJR pasang CCTV pantau pengguna jalan raya





