Atlet SMK Sultan
Sulaiman cemerlang
![]() Sekolah berkenaan sememangnya tersohor dan sinonim dengan kehebatan dalam sukan bola sepak serta olahraga. Berikutan mahu meneruskan kecemerlangan dalam arena sukan tanah air, sekolah berkenaan dilihat semakin rancak memprogramkan pelbagai tindakan bagi merealisasikan agenda ditetapkan. Guru sukan sekolah itu, Wan Zawawi Wan Mohamad berkata, ramai bakat yang berpotensi dan berprestasi tinggi lahir dari sekolah terbabit. “Antara bakat besar pemain bola sepak yang mungkin mewakili negara suatu hari nanti adalah Ahmad Nasharuddin Ismail, Maarufulkhokki Mohd Rased dan Mohammad Izzat Hakim. “Inilah tiga pemain berbakat besar dan mempunyai peluang cerah dalam arena bola sepak jika mereka terus dibimbing dengan sempurna,” katanya kepada Sinar Harian. Wan Zawawi berkata, selain bola sepak, sekolah itu juga memiliki pemain berkaliber dalam sukan hoki dan ramai bakat besar pelajar berjaya dilahirkan. “Pemain hebat dalam sukan hoki iaitu Mohd Khairul Anuar Zakaria dan Mohd Hesham adalah antara mereka yang mampu pergi jauh, malah tidak mustahil berpeluang menyarung jersi pasukan negara,” katanya. Menurutnya, bagi olahraga, sekolah itu sudah lama melahirkan atlet berbakat, sekali gus mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan berprestij. “Tahun ini kami mempunyai ramai atlet yang boleh diketengahkan pada pertandingan olahraga, sama ada peringkat daerah mahupun negeri. “Nama Abdul Mubin Sazali menjadi sebutan kerana kehebatan mereka dalam olahraga,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka





