Pengunjung : 6024 Selasa 16-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Persatuan Kabbadi idam pemain rangkul pingat emas

KUALA TERENGGANU - Persatuan Kabbaddi Terengganu berharap 12 pemainnya yang mewakili negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang akan berlangsung di Melaka Jun depan berjaya memperoleh pingat emas.

Setiausaha kehormatnya, M Rezal Abu Bakar berkata, meskipun baru pertama kali beraksi di gelanggang acara sukan berprestij berkenaan, pihaknya tidak gusar dan yakin dengan kebolehan pemain.

Menurutnya, semua pemain akan menjalani latihan setiap hari di Sekolah Teknik Wakaf Tembusu sehingga menjelang kejohanan Sukma.

“Untuk percubaan pertama ini, Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik dan berharap pemain dapat menunjukkan aksi cemerlang pada Sukma XIII itu nanti,” katanya.