Pengunjung : 25604 Ahad 14-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
Manfaat bantuan kerajaan ke arah kebaikan

PETAI BUBUS – Penduduk yang tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan perlu memanfaatkan sebaik mungkin bantuan diberikan dan tidak menyalahgunakannya dengan perkara tidak sepatutnya.

Penghulu Mukim Manir (Petai Bubus) Ahmad Zafiri Ahmad Zaki berkata, bantuan yang diterima itu digunakan bagi tujuan berfaedah supaya tidak berlaku penyalahgunaan.

“Meskipun belum wujud masalah membabitkan penyalahgunaan bantuan kerajaan, namun kami mahu mengingatkan masyarakat supaya bertanggungjawab dengan pemberian berkenaan.

“Kami tidak mahu berlaku kepada mana-mana individu yang membuat permohonan dan apabila telah diterima, bantuan itu tidak digunakan mengikut keperluan sepatutnya,” katanya.

Ahmad Zafiri berkata, semua pihak terutama penerima bantuan harus menyedari bahawa peluang diberikan itu adalah salah satu keistimewaan yang mungkin tidak dinikmati orang lain.