Pengunjung : 25868 Isnin 15-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
RM900,000 laksana PUM, PPU

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperuntukkan RM900,000 untuk melaksanakan Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Perintis Usahawan (PPU) di 68 sekolah di negeri ini, tahun ini.

Timbalan Pengurus Besar PMINT, M Harith Hassan berkata, PUM dan PPU adalah program di bawah Program Pembudayaan Keusahawanan.

“PUM adalah program untuk pelajar dan PPU pula khusus untuk murid.

:“Peruntukan RM900,000 disediakan bagi membiayai 13 kursus dan seminar di bawah Program Pembudayaan Keusahawanan.

:PUM membabitkan pelajar di 56 sekolah menengah, sementara PPU membabitkan penyertaan murid di 12 sekolah rendah seluruh Terengganu.

“PUM dan PPU adalah program anjuran pihaknya dan Institut Kemahiran Negara (INSKEN) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT),” katanya.