Pengunjung : 1967 Jumaat 3-9-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:

 

Syarat dan peraturan melayari sinarharian.com.my

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (54179-V) (“KARANGKRAF”) syarikat penerbitan majalah dan akhbar, yang turut menyediakan kemudahan multimedia dan interaktif melalui laman web www.sinarharian.com.my (“sinarharian.com.my”).

 

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam sinarharian.com.my.

 

Melayari sinarharian.com.my adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan sinarharian.com.my, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.

 

Hakcipta

Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel, grafik, gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari sinarharian.com.my atau menggunakan dengan sebarang tujuan adalah melanggar hakcipta KARANGKRAF.

 

Penggunaan bahan-bahan daripada sinarharian.com.my untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh KARANGKRAF tidak boleh dicetak, diulangterbit, diulang cetak, dimuat turun, dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana carapun.

 

Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam sinarharian.com.my, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh KARANGKRAF. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.

 

Anda Laporkan

Sinarharian.com.my juga menyediakan ruangan untuk pelayar laman ini berkongsi berita atau maklumat dengan umum. Mereka yang melaporkan berita atau maklumat hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan yang diberikan. Sinarharian.com.my berhak menyunting atau tidak menyiarkan mana-mana berita atau maklumat yang difikirkan boleh memberi kesan buruk kepada umum.

 

Anda secara khususnya bersetuju bahawa sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web.

 

Iklan

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

 

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

 

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak KARANGKRAF dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

 

KARANGKRAF tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

 

Pengiklan-pengiklan di dalam sinarharian.com.my faham dan setuju yang KARANGKRAF tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.

 

Polisi persendirian

KARANGKRAF menguruskan sinarharian.com.my khusus untuk akhbar, majalah-majalah dan bahan-bahan bacaan sampingan yang diterbitkannya.

 

Kesemua data peribadi yang kami kendali akan disimpan rahsia tetapi kami boleh, di mana pembukaan rahsia perlu untuk memenuhi tujuan yang berkaitan secara langsung, di mana data yang dikumpulkan menyediakan maklumat-maklumat untuk pihak-pihak seperti berikut:

  • sebarang anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu atau gabungan-gabungan atau syarikat-syarikat dikawal oleh atau di bawah kawalan am kami;
  • sesiapa jua yang diberi tugas penyimpanan rahsia kepada kami yang telah mengawasi maklumat-maklumat secara rahsia dan;
  • sebarang institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat bayaran atau pengeluaran kad kredit, maklumat kredit atau biro rujukan atau agensi-agensi pengutipan perlu membentuk dan menyokong pembayaran apa jua perkhidmatan yang dipohon.

 

Penafian

Sinarharian.com.my tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

 

Penggunaan sinarharian.com.my adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

 

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan sinarharian.com.my, anda boleh hantarkan ke editor.web@sinarharian.com.my.

 

PAPAN KOMUNITI
» Agihan Bubur Lambuk (1000 bungkus) - 5 petang
Sales Gallery Bandar Seri Putra, Friday, September 03, 2010
» SINAR RAMADHAN
KAMPUNG KEDA ,ULU BAKAI, 09020, MALAU KULIM, KEDAH DARUL AMAN , Saturday, September 04, 2010
» Kelab Cashflow Pelajar
No1-2 Jalan 4/4C Desa Melawati, 53100 KL, Saturday, September 04, 2010
» promosi kedai niaga tani PPK Karangan Sempena Ramadhan
NO. 7, Taman Desa Kob,Sg. kob, Karangan, kulim,Kedah ( Depan Caltex), Monday, September 06, 2010
» Amazing Race (KARNIVAL PERAKAUNAN)
Cybernetics International College of Technology, Saturday, September 25, 2010
SUARA ANDA

Dari Meja Editor

Wahai ibu bapa, jenguklah anak di IPT
Mengapa ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan. Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan? Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu? Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.
Anda Laporkan (laporkan berita yang berlaku disekeliling anda)
5 Kes Kecurian dan Cubaan Pecah Masuk di Presint 18, Putrajaya
Kes Kecurian dan cubaan pecah masuk lebih 5 kali dalam tempoh 3 minggu di kawasan P18K, Presint 18 Sila rujuk forum/... » seterusnya
Rencana Komuniti (hantarkan rencana anda kepada kami)
RELA - BENTENG KETIGA NEGARA, PENYEMAI KONSEP 1MALAYSIA
Bergema, laungan seruan suci,
Dari ibu pertiwi,
Mohon jasa putera puteri,
Angkatan Rela... » seterusnya
Logo

Edisi

HARI INI








Follow Sinar_Harian on Twitter
Jawatan Kosong