KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan baginda, di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan keluaran syiling peringatan dan setem kenangan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang yang menduduki takhta bagi tempoh tersebut.

Syiling peringatan itu dijual dengan harga RM6,999 sekeping dan hanya dikeluarkan sebanyak 3,999 keping. Sementara setem kenangan itu dijual dengan harga RM19.10 bagi satu set folder lengkap (20 keping).

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Terdahulu Adnan dalam ucapannya berkata, keluaran setem itu sangat penting bagi generasi akan datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemerintahan Sultan Pahang.

Syiling peringatan tersebut boleh didapati melalui tempahan daripada Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd, manakala setem kenangan itu akan dijual di semua pejabat pos seluruh negara mulai 29 Disember ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.