JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail menerima penyingkiran pasukannya dalam kempen Piala Malaysia musim ini dengan hati terbuka selepas tewas 0-2 kepada Kedah pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Alor Setar, malam kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Zahasmi berkata, walaupun kecewa dengan kegagalan tersebut, namun dia perlu akur betapa perjuangan The Red Warriors (TRW) terhenti lebih awal dalam pertandingan piala paling berprestij itu.

“Termasuk malam tadi (kelmarin, bertemu Kedah) sudah tiga kali kita ada peluang untuk ke suku akhir setelah pada satu ketika kita mendengar UiTM FC mendahului lawan (Melaka United) tetapi terlepas begitu sahaja.

“Sebelum  ini, kita sepatutnya menang ke atas UiTM FC dan Melaka United tetapi ia tidak berlaku. Apa lagi saya hendak cakap, bukan rezeki Kelantan, pada tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas  lanjut, pengendali itu memberitahu, ketumpulan jentera serangan menyebabkan pasukannya gagal memberi saingan sekali gus tidak berupaya menewaskan juara bertahan musim lalu, pada pertemuan tersebut.

“Masalah kita adalah penyudah yang  tumpul, itu sahaja. Kita  pergi  (lancar serangan) tetapi tak boleh jaringkan gol. Berbanding Kedah, mereka memperoleh gol mudah hasil kesilapan pemain kita sendiri membiarkan pemain lawan bergerak bebas,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TIADA kata dapat diluahkan Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 kepada juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan, malam tadi.
  • KELANTAN mengharapkan sekurang-kurangnya mampu mencuri satu mata apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
  • JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail menganggap satu mata diraih ketika mengikat Felda United FC 1-1 pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin sangat bermakna buat pasukannya untuk keluar dari zon penyingkiran musim ini.
  • KELANTAN bakal menentang Felda United FC dalam keadaan tempang susulan ketiadaan kapten berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.