PERAK akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi saingan peringkat awal saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 berikutan kerja-kerja naik taraf Stadium Perak yang dijadualkan bermula November ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, Stadium Perak akan mula ditutup mulai November bagi memberi laluan kerja-kerja naik taraf berkenaan dilaksanakan.

"Stadium Perak akan ditutup mulai November ini untuk kerja-kerja aik taraf dan dijangka dibuka semula pada April 2018. Ini menyebabkan perlawanan peringkat awal Liga Super musim 2018 akan berlangsung di Stadium MPM.

"Kerja-kerja naik taraf ini juga akan melibatkan  trek dan juga kerusi (tempat duduk penonton).

"Selain itu, kita juga akan dapatkan pengiktirafan daripada Persekutuan Trek dan Balapan Antarabangsa (ITF) untuk trek.

"Setakat ini kerja-kerja naik taraf di Stadium MPM sudah pun dulijalqnkqn sejak tiga bulan lalu sebagai persediaan untuk digunakan skuad The Bos Gaurus nanti. Mungkin juga aksi separuh akhir danbakhir bolasepak Sukma juga berlangsung di sini," katanya.

Abdul Puhat berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Pafa Ke-59 di sebuah hotel terkemuka bandaraya, petang tadi.