PEMAIN tengah Arsenal, Granit Xhaka berharap agar Alexis Sanchez terus kekal di Emirates.

Menurutnya, kualiti yang ada pada Sanchez amat diperlukan oleh Arsenal.

“Saya berharap agar Sanchez kekal di sini.

“Dia (Sanchez) mempunyai kualiti yang baik di atas padang dengan mencetak gol dan assist,” katanya.

Tambahnya, Sanchez boleh bermain dengan semua kelab besar di dunia sama seperti Mesut Ozil.

“Tapi mereka adalah pemain penting dan kedua-duanya mampu menonjol dengan aksi mereka,”

 katanya.

Sanchez yang bakal tamat kontrak tahun depan menjadi buruan banyak kelab gergasi Eropah seperti Chelsea, Manchester City, dan Bayern Munich selepas masa depannya di Arsenal dilihat samar.

Di musim 2016/2017, Sanchez mencetak 30 gol dan 19 assist untuk Arsenal daripada 51 penampilan di semua pertandingan.

 

 


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AARON Ramsey mengakui beliau dan pemain Arsenal gembira selepas pengurusnya, Arsene Wenger ditawarkan kontrak lanjutan dua tahun bersama The Gunners.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.