PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger gembira melihat prestasi pemain termahalnya, Alexandre Lacazette yang menyumbat gol pada penampilan sulung ketika The Gunners menang 2-0 ke atas juara Australia, Sydney, kelmarin.

Lacazette yang diikat dengan harga £52.5 juta (RM291 juta) dari Lyon minggu lalu tampil dari bangku simpanan pada babak kedua untuk meledak gol kedua di depan lebih 80,000 penonton di Stadium Olimpik, Sydney.

Lacazette merembat masuk mengatasi penjaga gol Andrew Redmayne dari jarak dekat selepas kapten Per Mertesacker membuka tirai jaringan pada minit keempat.

Wenger berkata, beliau yakin jaringan itu akan menjadi detik penting dalam membantu pemain berusia 26 tahun itu untuk terus menyerlah dalam perlawanan selepas ini.

"Amat penting untuk penyerang termahal seperti dia untuk mendapatkan gol tersebut walaupun ianya hadir dalam perlawanan persahabatan.

"Ini kerana ia akan memberi kepercayaan kepada semua orang yang dia memang boleh membantu Arsenal dan jelas sekali persepsi saya sebelum merekrut dia sangat benar.

"Dia memang pemain hebat dan saya mengharapkan dia akan dapat terus membantu kelab ini untuk meraih banyak kejuaraan," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berpuas hati dengan persembahan Alexandre Lacazette meskipun penyerang itu kurang menyerlah ketika berdepan Chelsea di Stamford Bridge, kelmarin.
  • PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger memuji kebangkitan pemainnya ketika menjinakkan FC Koln 3-1 dalam saingan peringkat Kumpulan H kempen Liga Europa di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
  • PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech percaya The Gunners boleh mengalahkan jiran tetangga mereka, Chelsea menjelang derby London di Stamford Bridge, esok.
  • PEMAIN Arsenal memiliki mentaliti juara dalam misi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
  • PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil meminta pengkritiknya supaya menutup mulut sebaliknya terus menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Arsenal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.