PEMAIN AS Roma, Mohamed Salah dikatakan hanya selangkah lagi untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyertai Liverpool.

Pemain kelahiran Mesir itu sebelum ini pernah beraksi untuk Chelsea, namun gagal menyerlah dengan suasana di kelab berkenaan memaksanya berhijrah ke kelab lain.

Justeru, ramai yang meragui adakah kepulangan Salah ke EPL keputusan yang tepat?

Menurut legenda bola sepak Mesir yang juga bekas pemain Tottenham Hotspurs, Mido, dia yakin Salah dan Liverpool mempunyai ikatan  istimewa.

Namun, beliau tetap menyuarakan kebimbangan terhadap tempo permainan tinggi di EPL.

"Salah pasti akan ke Liverpool. Saya yakin kerana melihat corak permainan Liverpool sangat sesuai dengannya.

"Saya yakin beliau selesa bekerja dengan falsafah Jurgen Klop," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :