CABARAN negara pada Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Switzerland berakhir apabila beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei kalah mengejut di peringkat suku akhir, lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Gandingan pilihan ketiga itu kalah 18-21, 21-8, 15-21 kepada wakil Denmark, Maiken Fruergaard/Sara Thygesen, yang juga pilihan ketujuh, pada aksi yang berlangsung di Arena Jakobshalle, Basel.

Gandingan Vivian Hoo dan Khe Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia mara ke peringkat suku akhir selepas semua pemain perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan wanita negara kandas di pusingan awal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERBAKI dua minggu sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) 2018 membuka tirainya, pasukan Terengganu FC I (TFC I) terpaksa mengetepikan khidmat awang import baharunya, Kim Hyeon-woo apabila pemain kelahiran Korea Selatan itu masih dibelenggu masalah kecederaan.
  • ATLET badminton, Vincent Phuah Cheng Wei dan atlet boling negara, Sin Li Jane dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) 2017 di Unitar International University, kelmarin.
  • GABUNGAN Kelab-kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) telah melancarkan kempen Respect sewaktu perjumpaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan penyokong-penyokong di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
  • PENYERANG UiTM FC, Anwarul Hafiz Ahmad mengharapkan aksi dipamerkan pada siri jelajah pasukan di China dan Indonesia mampu memikat hati jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama saingan Liga Premier 2018.
  • ANAK seladang yang diberi nama 'Chor' dipilih sebagai maskot bagi Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak yang bakal berlangsung mulai 12 September hingga 22 September depan.