PRESIDEN Persatuan Badminton Negeri Sembilan (NSBA), David Wee Toh Kiong melahirkan rasa gembira kerana kemelut perebutan jawatan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah dapat diselesaikan dengan baik.

Katanya, pujian harus diberikan kepada Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana usaha mereka dalam menyelesaikan masalah itu.

"Saya gembira kerana Rosmah dan Khairy dapat membantu BAM dalam perkara ini. Ini menunjukkan BAM sebagai sebuah persatuan yang dicontohi dan rundingan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah. Ia juga menunjukkan kematangan Rosmah dan Khairy yang telah meletakkan perpaduan persatuan di atas kepentingan diri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan spekulasi, beri kesempatan kami berbincang]

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sepatutnya tidak ada pertandingan kerana Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mempunyai kekuatan masing-masing," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan ahli Majlis BAM yang sebulat suara menyokong supaya  Mohamad Norza  tidak dicabar pada pemilihan sempena mesyuarat agung tahunan badan induk itu, 29 April ini.

​​​​Ahli Majlis BAM yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Rosmah dan Khairy semalam bersetuju supaya Mohamed Al-Amin memberi laluan kepada Mohamad Norza untuk menduduki jawatan tertinggi badan induk itu.

Mengenai ahli gabungan BAM akan menyokong sepenuhnya usul supaya Mohamed Al-Amin dilantik sebagai penasihat BAM pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu nanti, beliau berharap gandingan kedua mereka akan dapat melonjakkan lagi sukan badminton di tahap yang lebih tinggi.

Katanya, ini jelas apabila jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Goh Vee Shem/Tan Wee Kiong dan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying  merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Selain itu, beliau juga berharap pelantikan Mohamad Norza sebagai presiden baharu pada mesyuarat agung tahunan nanti akan dapat meletakkan badan induk itu di platform yang baharu.

"Sebagai orang muda, Mohamad Norza diharap mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • "KEPUTUSAN untuk meletak jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak ada kena mengena dengan prestasi kurang memberangsangkan tahun ini.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi dengan aspek sains sukan dalam usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi.
  • MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan dan program yang terbaik dalam usaha memantapkan skuad badminton negara di samping meningkatkan kualiti kejurulatihan walaupun tanpa Morten Frost yang telah melepaskan jawatan selaku Pengarah Teknikal BAM, semalam.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menerima peletakan jawatan pengarah teknikalnya, Morten Frost Hansen berkuat kuasa semalam selepas mendapat satu kata sepakat daripada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T).
  • MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melihat masa depan bola sepak Malaysia semakin cerah berikutan perkembangan positif pasukan muda negara di pentas antarabangsa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.