CHELSEA mendapat undian bertemu Barcelona dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas tamat aksi peringkat kumpulan.

Barcelona merupakan pemilik lima gelaran Liga Juara-Juara  berbanding Chelsea yang hanya memiliki satu gelaran.

Pertembungan dua pasukan gergasi itu sering menjadi tumpuan peminat bola sepak dalam tempoh sepuluh tahun ini.

Secara keseluruhan, Chelsea sudah 12 kali berhadapan dengan Barcelona di Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan itu, The Blues sedikit unggul apabila menang empat perlawanan, sementara Barcelona hanya tiga kemenangan.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menegaskan catatan itu tidak relevan buat masa ini untuk dibahaskan.

“Masa lalu adalah masa lalu. Sekarang adalah waktu untuk melihat masa yang ada kini..ia sangat berbeza.

"Saya rasa perlawanan seperti ini adalah kesempatan yang bagus untuk setiap pemain menunjukkan nilai yang terbaiknya,” katanya.

Jelasnya, setiap pemain harus berada dalam prestasi yang terbaik bagi memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan positif.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ANTONIO Conte nyata masih berpuas hati dan gembira dengan prestasi Chelsea ketika ini.
  • ANTONIO Conte mengakui dua kekalahan berturut-turut yang dicatat Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris membuatkan fikirannya bertambah runsing dan sukar untuk tidur malam.
  • PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mengakui The Blues berhadapan lawan sebenar dalam saingan Liga Juara-Juara apabila dijadualkan bertemu Atletico Madrid di Wanda Metropolitano awal pagi nanti.
  • DIEGO Costa menegaskan dia tidak menyimpan dendam terhadap Antonio Conte mahupun Chelsea.