PENGURUS pasukan kebangsaan Perancis, Didier Deschamps menyifatkan Paul Pogba tidak seharusnya berada di Manchester United.

Menurutnya, Pogba kelihatan tidak gembira bersama pasukan itu buat masa ini dan itu telah menjejaskan prestasinya.

Justeru, beliau risau jika Pogba tidak dapat kembali ke zaman kegemilangannya bersama bersama skuad kebangsaan Perancis menjelang saingan Piala Dunia Rusia tahun ini.

"Saya berkomunikasi dengan semua pemain termasuk Poga untuk mengetahui perasaan mereka buat masa ini.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku padanya di Manchester United, tapi yang pastinya ini bukan satu berita yang menggembirakan.

"Beliau tidak seharusnya berada dalam situasi ini kerana dia seorang pemain yang berbakat besar," katanya.

Dengan Piala Dunia bakal membuka tirai tidak sampai tiga bulan lagi, tidak hairanlah Deschamps begitu khuatir dengan prestasi semasa Pogba yang dilihat mengalami penurunan dan jarang diturunkan dalam kesebelasan utama United.

Bulan ini, Perancis akan menghadapi Colombia dan Rusia dalam perlawanan persahabatan menjelang saingan Piala Dunia tahun ini.