JUARA Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) musim lalu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijadual menentang Kolej Komuniti Kedah (KKK) pada aksi pembuka tirai Liga IPT 2012, hari ini.

Perlawanan diadakan di stadium UiTM Shah Alam bermula jam 4.45 petang.

Pengendali UiTM, Azman Eusoff bagaimanapun enggan memandang ringan cabaran KKK dan mahu pemainnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri.

“Bermain di tempat sendiri mungkin kelebihan buat pasukan saya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan KKK, Muhammad Amirul Abdullah tetap realistik dan sekadar menetapkan sasaran sederhana.

“Satu mata sudah cukup buat kami memandangkan tuan rumah masih ada separuh kekuatan daripada musim lalu,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.