CEO syarikat penerbangan AirAsia, Tony Fernandes mengejutkan semua peminat dan pengikutnya menerusi laman Twitter apabila dia mengumumkan akan menamatkan akaun Twitternya sejak Jumaat lepas.

Menerusi laporan The StarOnline, pengumuman tersebut sempat dirakam menerusi ‘screen shot’ oleh seorang pegawai AirAsia, Danny Gipson.

“Saya akan menutup laman akaun Twitter saya pada hari ini, seperti yang dikatakan, tunggu sehingga pasukan Queens Park Rangers (QPR) berjaya memasuki Liga Perdana Inggeris dan umur saya mencecah 50,  saya mungkin akan buka semula akaun.

“Selamat tinggal semua, mungkin saya akan kembali, saya telah berseronok dan ianya sangat berguna. Sentiasa jujur dan jadi berani,” antara paparan yang dimuat naik menerusi laman Twitter Presiden QPR.

Sementara itu, tindakan Tony melahirkan pelbagai ekspresi dari pengikut dan peminatnya.

Rata-ratanya melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan penamatan akaun Twitter miliknya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes membayangkan beliau berminat untuk membantu perkembangan bola sepak Malaysia.
  • MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes yang menawarkan diri menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), agar memahami Perlembagaan FAM terlebih dahulu.
  • KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu temu bual dipetik berkata, sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) inginkan beliau menerajui persatuan itu, beliau akan memikirkannya.
  • PEMAIN import pertahanan Tok Gajah, Zesh Rehman mahu menggunakan pengalaman sedia ada sebaik mungkin selepas dipilih menggalas tugas selaku kapten pasukan untuk musim ini.
  • PROGRAM Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri peluang kepada pemain terbaik dalamkalangan anak perajurit Angkatan Tentera Malaysia ke Akademi QPR di London.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.