SKUAD Tok Gajah meranapkan impian Lang Merah untuk mara ke pusingan suku akhir Shopee Piala FA 2018 selepas melakar kemenangan 1-0 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pertemuan antara juara dan naib juara 2017 seakan misi membalas dendam yang sebelum ini menyaksikan musim lalu Pahang sekadar muncul naib juara di tangan lawan.

Tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-45 untuk meraih gol pembukaan menerusi tandukan pemain tengah kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh, sekali gus muncul wira pasukan dalam perlawanan tersebut.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun penguasaan bola memihak tuan rumah.

Keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Wan Muhammad Tarmizi Wan Ibrahim.

PAHANG     1         
Mohamadou Sumareh
m-45

KEDAH     0