JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan PKNS FC 2-1 pada aski Liga Super di Larkin, malam kelmarin.

Ketua Jurulatihnya, Benjamin Mora berkata, setiap perlawanan dihadapi JDT adalah berbeza dan tiada yang mudah untuk pasukan bimbingannya itu.

“Kami mengalami kesukaran ketika perlawanan bertemu pasukan Kelantan dan kami berjaya mengatasinya.

“Malam semalam (kelmarin) kami bermain di laman sendiri, sudah tentu kami harus memberikan aksi perlawanan bola sepak yang berkualiti,” katanya.

Mora berkata, dalam pertemuan dengan PKNS FC, JDT perlu melaksanakan apa yang telah dilakukan dan dirancang semasa sesi latihan pasukan.

Beliau turut akui barisan serangan PKNS FC agak tempang dengan ketiadaan Safee Sali dan Patrick Ronaldinho Wleh, sekali gus mendatangkan masalah kepada pasukan lawan.

“Mereka pasukan yang kuat, bertahan dengan baik dan memberi tentangan. Corak permainan mereka sangat padat dan agak sukar untuk kami menembusi mereka dari bahagian tengah.

“Oleh itu, kami menggunakan flank untuk mencipta peluang,” katanya.

Mengulas mengenai jaringan PKNS FC, Mora berkata, jaringan Bobby Gonzales itu adalah kerana kesilapan pemainnya yang tidak cukup agresif untuk mencabar bola.

“Sebaliknya mereka agresif. Kita boleh tengok gol mereka, gol mudah. Tapi kita kemudian bermain dengan corak tersendiri dan cipta beberapa peluang.

“Saya akui kita ada dua atau tiga peluang yang penting, namun ia tidak diterjemahkan. Bagaimanapun, ia bukan mengenai kemenangan 6-0 atau 10-0 atau menghasilkan banyak gol,” katanya.

Bagaimanapun, Mora berkata, beliau gembira kerana kesemua pemainnya telah melakukan persembahan terbaik dalam perlawanan tersebut.

“Apa yang penting objektif, sasaran dan gol untuk tambah mata bagi kekalkan JDT di kedudukan teratas, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pasukan Pahang serta Kedah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda – Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.
  • PEMAIN sayap lincah, Azammudin Mohd Akil mengesahkan beliau tiada lagi dalam senarai pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.
  • KELAB bola sepak dan pemenang Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan kejohanan tersebut kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
  • KEJAYAAN pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang trofi Piala Malaysia di negeri ini setelah sekian lama begitu dinantikan penyokong tegar pasukan berkenaan.
  • PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan JDT melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.