KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mempunyai banyak pilihan bagi mengisi posisi pertahanan selepas Nazirul Naim Che Hashim diketepikan daripada skuad Harimau Malaysia bagi menghadapi Filipina, 22 Mac ini.

Nama Nazirul terpaksa digugurkan selepas pemain Perak itu mengalami kecederaan bahu semasa aksi Piala FA bertemu Kedah pada 11 Mac lalu.

"Kita  ada Khair Jones yang boleh main di posisi left-back. Matthew Davies juga  pernah bermain di posisi itu semasa Piala AFF.

"Begitu juga Fadhli Shas dan Rizal Gazali di posisi right-back.

"Jadi tiada masalah untuk cari pengganti Nazirul," katanya.

Kim Swee sebelum ini menegaskan kemenangan di Stadium Memorial Rizal Rabu depan amat penting bagi melonjak kembali ranking Harimau Malaysia.

Ketika  ini Malaysia berada di kedudukan ke-161 dalam senarai ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI skuad Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan pasukannya tidak lagi mengalami masalah ketumpulan penyudah dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Sea 2017 (KL2017) menentang Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.
  • JURULATIH skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di sini, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.